Samseng RELA di Guard House Desa Bestari

Saya ingin mengambil sedikit masa tuan-tuan dan puan-puan yang terutamanya menetap di Desa Bestari. Saya ingin menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada Rabu, 8 May 2024. Pada masa lebih kurang 9 mlm lebih. Saya teleh pergi ke pondok pengawal Desa Bestari untuk bertemu dengan 2 orang iaitu Ketua Rela yang juga Ketua Pengawal Keselamatan Desa Bestari dan seorang pengawal shift malam. Ceritanya bermula pada sebelah malam sebelumnya pagi hari tersebut di mana saya telah menegur pengawal shift malam ini dalam whatsapp group Keselamatan supaya menghormati SOP Keselamatan Desa Bestari iaitu DILARANG MEROKOK di pondok pengawal. Namun akibat teguran saya yang keras yang bukan sekali dua, namun telah berbelas kali saya memberi ingatan tentang SOP kita. Semuanya tidak diendahkan bahkan kali ini pengawal ini dengan biadapnya memaki-hamun saya dan bila saya membalas sikapnya yang mula menunjukkan samseng. Maka saya ingin bersemuka dengan dia pada pagi 6.30am tersebut. Namun dia telah terus balik meninggalkan pondok pengawal dan melepaskan geram dengan rem motornya untuk membuat bising sehingga didengari oleh jiran-jiran jalan berdekatan.

Keadaan menjadi hangat di whatsapp group Keselamatan apabila dia terus-menerus memaki-hamun saya dan saya bertindak membalas makiannya dan saya tetap menumpukan objektif teguran saya pada SOP Keselamatan. Akhir kata, sampai masa saya mahu bertemu muka dengan dia dan Ketuanya agar saya menerangkan kembali SOP Keselamatan yang telah kita persetujui ketika kontrak ditandatangan sebelumnya. Maka pada malam tersebut saya sendiri datang berseorangan untuk berjumpa dengan pengawal shift malam tersebut. Saya memulakan kata berkenaan SOP agar jangan merokok ketika bertugas, namun suasana menjadi hangat dengan dia mula menunjukkan sikap samsengnya terhadap saya. Dengan biadapnya dia terus menyalakan rokok dan terus merokok di hadapan saya. Di sepanjang perang mulut tersebut, dia telah mencabar saya untuk ke keretanya dan dia terus membuka boot kereta. Namun beliau menutup kembali. Saya akan terangkan kenapa beliau berbuat demikian pada perenggan seterusnya.

Saya ingin menerangkan kepada tuan-tuan dan puan-puan, beginilah sikap dan budaya kerja pengawal keselamatan kita yang bertugas di pondok pengawal kita. Telah berbelas teguran saya telah buat dalam whatsapp group Keselamatan yang ada semua pengawal dalam ni. Namun hanya saya seorang yang berani untuk terus-menerus menegur mereka manakala AJK Penduduk Keselamatan yang lain hanya berdiam diri berkenaan SOP ini. Namun dalam whatsapp group AJK apabila saya menyertakan snapshot CCTV yang menunjukkan perbuatan mereka yang merokok ketika bertugas bahkan dilihat pula oleh penduduk yang lalu-lalang, AJK lain menyatakan marah dan mahu perkara ini dibincangkan bersama Ketua Pengawal yang menyelia mereka. Namun sehingga ke hari ini, marah hanya tinggal marah. Pengawal samseng ini berani untuk mencabar saya bertanya siapa yang mengadu tentang perbuatannya yang merokok ketika bertugas? Dia beranggapan hanya saya sahaja yang mengadu. itu menunjukkan segala marah dan ngomel AJK lain hanya sekadar luahan perasaan dalam whatsapp group.


Beginilah budaya anggota RELA pengawal keselamatan kita, merokok ketika bertugas, tidak mengendahkan SOP kita

Inilah dia anggota RELA samseng dan biadap yang saya ceritakan disini. Nama MUHAMMAD AMMAR BIN AZIZ. Datang pakai jean, pakai sandal dan ketika hari kejadian pakai tshirt pertubuhan Melayu samseng Balakong. Mana tak bertambah samseng bila Ketua RELA Sepang a.k.a Ketua PK DB ialah bapa sedaranya.

Datang bekerja pakai sandal, lepas tu merokok. Ini semua tarikh selepas 8 May 2024. Segala teguran dan ingatan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. RELA biadap tak hormat SOP tempat orang.

Hari-hari datang bekerja beginilah keadaan. Pagi-pagi penduduk lalu-lalang pun masih degil dengan SOP dilarang merokok.

Ini SOP Guard House Desa Bestari. Maksudnya, pengawal keselamatan perlulah menjaga pemakaian dan tidak merokok ketika berada dalam pondok pengawal. Bukannya datang bekerja dengan memakai selipar/sandal, seluar jean dan tshirt pertubuhan samseng Balakong.

Ketika perang mulut semakin hangat, saya mengambil keputusan untuk memanggil AJK lain, namun AJK ni hanya menyuruh saya balik sahaja. Inilah masa pakgad samseng ni tanya siapa yang mengadu dia merokok di pondok pengawal? Sebab itulah biadapnya semakin menjadi-jadi sebab teguran semua tak sampai pada dia. Maksudnya Ketuanya hanya cukup bulan ambil duit, tapi apa yang berlaku, dia tak peduli langsung
Disinilah dia mengatakan siapa yang mengadu tentang dia yang merokok? Ada part dia mencabar saya ke keretanya kerana dia telah mengaku dalam video ni, ada suatu senjata dalam keretanya. Namun dia teringat ada CCTV yang merakam maka dia mencabar saya untuk pergi jauh ke depan lagi. Inilah sebab saya membuat laporan polis.
Kemudian datang rakan sekerjanya Hassan mamak shift petang ni yang dapat didengar memanggil saya barua dalam whatsapp group keselamatan bila selalu menegur pasal SOP Guard House. Mereka bercerita tentang suatu senjata dalam keretanya bahkan samseng ini sangat takut jika polis menjumpainya. Tak lama selepas itu, datang 2-3 orang pegawai polis. Namun siasatan polis tidak diberitahu kepada saya sehingga ke hari ini.

Saya sangat terkilan, kecewa, disebalik tindakan berani saya untuk berhadapan dengan budaya samseng pengawal keselamatan Desa Bestari yang juga mereka ini anggota RELA Sepang. Tiada siapa yang bersama saya untuk membela tindakan dan teguran saya kepada mereka. Bahkan saya kecewa ada AJK yang saya call ketika perang mulut berlaku, beliau menyuruh saya balik sahaja. Sehingga ke hari ini, tiada langsung AJK Induk mahupun AJK lain yang bertanya khabar kepada saya apa yang berlaku pada malam tersebut. Yang ada cuma 2 orang sahaja dan saya berterima kasih kerana sudi bersama saya. Ya saya memilih untuk bertindak bersendirian, namun membiarkan saya dikasari dengan perbuatan samseng orang yang kita upah untuk menjaga keselamatan Desa Bestari. Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah memikirkan apa yang akan berlaku jika semua penduduk hanya marah dalam hati? Tindakan samseng pengawal keselamatan kita menidakkan SOP dan tidak menghiraukan kita sebagai pembayar gaji mereka adalah tindakan biadap yang mesti kita beri ingat. Bukan sekadar marah dalam whatsapp group AJK.

Kecewa dengan perkara ini, saya mengambil keputusan untuk menghentikan sokongan teknikal kepada apa yang berkaitan dengan pondok pengawal kita. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, pondok pengawal tersebut memiliki wireless dan network infra yang bersambung dengan rumah saya. Tujuannya ialah untuk memberikan internet access kepada CCTV dan sokongan controller access kad penduduk. Server berada di rumah saya, segala pendaftaran kad penduduk dilakukan menerusi server saya. CCTV dapat dilihat secara remotely dari luar juga datang dari internet access rumah saya. Maka dengan keputusan saya ini, maka persatuan boleh mencari vendor luar untuk mengambil alih database kad dari controller yang sedia ada di pondok pengawal dan membayar kos harga 1 kad yang berharga RM30 keatas yang sebelum ini kita selenggara secara in-house dan saya mendapatkan kad dengan kos bawah RM10 ringgit dan persatuan dapat menjana income menerusi jualan semula pada harga RM30. Tiada lagi pendaftaran kad dapat dilakukan kerana server saya adalah milik 100% saya dan bukannya persatuan. Saya menghentikan access ke server saya bermula minggu ini. Itulah harga yang persatuan perlu bayar bila memilih menjadi penakut. Namun saya akan mengekalkan remote access CCTV, IoT dan wireless infra melalui internet rumah saya ke guard house, surau dan dewan kita. Ia adalah ihsan dan sumbangan kecil saya untuk Desa Bestari.

Apa yang saya minta dari tuan-tuan dan puan-puan ialah menyuarakan bantahan mengenai budaya dan sikap samseng pengawal keselamatan kita agar mereka sedar kitalah majikan yang membayar gaji mereka bukan mereka yang menentukan bagaimana cara mereka bekerja. Tuan-tuan dan puan-puan pernah lihat pengawal keselamatan di tempat lain yang merokok ketika bertugas? Pernah kita nampak petugas RELA merokok sambil jaga trafik?

Saya juga mahukan tuan-tuan dan puan-puan membantah sikap diamnya AJK persatuan yang dilihat lemah dan tidak responsive dengan apa yang berlaku. Dengan tindakan lemah persatuan, maka pengawal keselamatan kita makin bertambah samsengnya.

Akhir kata, saya memohon maaf kepada tuan-tuan dan puan-puan penduduk Desa Bestari untuk tindakan saya yang mungkin dilihat tidak bijak dan wajar. Apapun terima kasih kerana sudi membaca luahan saya sehingga akhir. Jika anda rasa wajar apa yang saya sampaikan, maka saya mohon untuk disebarkan tulisan saya kepada penduduk lain dan agar tuan-tuan dan puan-puan menyuarakan hal ini di AGM persatuan yang akan tiba tak lama lagi. Jika ia membuang masa tuan-tuan dan puan-puan, saya mohon diabaikan tulisan ini, anggap sahaja ia masalah jiran taman di hujung jalan sana.

Saya mengundur diri sebagai JK Keselamatan kerana saya berpendapat khidmat sukarela dan kepakaran saya tidak lagi diperlukan oleh persatuan dan penduduk Desa Bestari amnya. Saya barulah faham apa perasaan Palestina. Sekian terima kasih.

3 Comments

  1. Terima kasih saudara Faridz di atas keprihatinan dan diharapkan agar perkara ini dapat diselesaikan segera. Bersetuju agar pihak keselamatan mematuhi SOP yang ditetapkan. We support you Faridz.

  2. Assalamualaikum, saya memang kurang berkenan dengan sikap pengawal2 keselamatan di Desa Bestari kerana bagi saya mereka agak sombong dan malas jika dibandingkan dengan orang Bangladesh yang jaga taman sebelum ini. Saya tidak pasti kenapa keputusan untuk ambil warga tempatan dibuat sebelum ini tapi to be honest i prefer those Bagladesh people sebab mereka buat kerja (terutama dalam bab pusing seluruh taman – agak kerap). Sebagai penduduk saya terima keputusan ajk taman utk mengambil warga tempatan. Dari segi sikap saya secara jujur mengatakan hampir setiap kali saya lalu di depan pondok pengawal perasaan kurang senang terbit di hati saya mengenangkan kesombongan mereka (tidak semua) – saya angkat tangan tapi dipandang sepi 😂 . Berkenaan kes ini, saya merasakan mereka tidak sepatutnya menghisap rokok sewaktu bertugas dan sekiranya ditegur perlu terima dan patuh dengan perjanjian yang sudah dipersetujui. Sikap gangster mereka ini jika tidak dibendung mungkin akan menimbulkan permasalahan yang lebih teruk pada masa akan datang. Mereka juga sepatutnya menghormati pandangan dan teguran majikan mereka (penduduk yang membayar gaji mereka) tanpa perlu bersikap kurang ajar seolah lebih sudu dari kuah.

  3. Assalamulaikum, saya bersimpati atas apa yg terjadi pd saudara Faridz. Harap masalah dapat dişelesaikan antara pijama Persatuan dan Rela.

    Disiplin pengawal perlu diketatkan dan pondok pengawal juga perlu dişelia. Selain masalah disiplin yg disebut oleh saudara Faridz, kadang2 dilihat pondik pengawal jadi tmpt berkumpul geng motor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *